Datuk Faridah Hanim Haron atau lebih mesra dikenali sebagai Ibu Hanim, adalah Presiden Annems Leadership Solution dan Annems International Sdn Bhd, seorang fasilitator professional dan perunding pembangunan organisasi, pengurusan perubahan dan juga guru kami.
Beliau mempunyai lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam bidang Pembangunan Organisasi, berpengalaman dalam mengetuai projek-projek transformasi dan perubahan organisasi. Beliau juga mempunyai kelulusan MBA (Keusahawanan) dari Institut Keusahawanan Australia.
Sebelum ini, beliau merupakan satu-satunya Pakar Pembangunan Organisasi dan Pengurusan Perubahan dan Pembangunan Kepimpinan serta Pembelajaran di PETRONAS, sebuah syarikat minyak negara bertaraf Fortune 500 dan juga seorang Penasihat Pembangunan Kepimpinan untuk Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM).
Kini, bergiat aktif membantu dan memberi nasihat serta berunding dengan beberapa perusahaan kecil dan sederhana terkenal di Malaysia seperti Siti Khadijah Apparel, Dexandra, El Izzah Travel and Tours dan Raffelina.
Datuk Faridah Hanim Haron juga merupakan:
1. Penasihat Perunding Pembangunan Organisasi dan Kepimpinan kepada 17 anak syarikat ESQ Indonesia.
2. Ahli Lembaga Pengarah ACT Consulting (Salah satu anak syarikat ESQ Group Indonesia).
3. Ahli Lembaga Pengarah dan Penasihat MDC Asia Link Berhad.
4. Ahli Lembaga Pengarah Precession Capital Berhad.
5. Penasihat Organisasi Syarikat Jamu Tun Teja.
6. Penasihat Organisasi Syarikat Mary Jardin.
7. Penasihat Organisasi Raffelinna Sdn Bhd
Pada tahun 2019, Datuk Faridah Hanim Haron telah dinobatkan sebagai penerima Anugerah Kepimpinan Industri (Latihan dan Konsultasi Perniagaan) di Anugerah Personaliti Industri dan Usahawan Malaysia 2019 oleh Niagatimes. Beliau juga adalah penerima Anugerah Kecemerlangan Khas Kepimpinan di 100 Top Young Ceo Award pada tahun yang sama.